Sunday, November 16, 2014

ENTRI 2 - BIDANG KOMUNIKASI

ULASAN JURNAL/ARTIKEL - Entri 2 Bidang Komunikasi


Tajuk Artikel : Periklanan Internet : Faktor Pendorong Yang Merangsang Pembelian Produk Kecantikan
Penulis : Levi Mayang Pramudita dan Samsudin A.Rahim
Bilangan M/S : 17
Sumber : Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication Jilid 27(1)

            Jurnal yang ditulis oleh LEVI MAYANG PRAMUDITA dan SAMSUDIN A.RAHIM membincangkan tentang penggunaan internet oleh masyarakat sebagai medium komunikasi atau pencarian maklumat periklanan. Penggunaan Internet telah digunakan secara aktif sebagai medium periklanan oleh industri-industri. Penulis jurnal telah memfokuskan terhadap masyarakat di kotaraya Bandung, Indonesia. Kajian yang dilakukan oleh penulis juga mendapati bahawa masyarakat di Bandung, Indonesia lebih tertumpu kepada iklan-iklan berbentuk produk kecantikan yang menjadi pendorong kuat dalam mempengaruhi pembelian mereka.

            Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memudahkan pengguna untuk membeli atau mendapatkan sesuatu barangan yang mereka ingini. Walaupun medium internet mempunyai ciri yang berbeza dengan media massa namun begitu pengiklan sudah mula menggunakan internet kerana jangkauannya yang mampu untuk merentasi sempadan negara dan mudah untuk diakses bila diperlukan. Pengiklanan melalui internet juga memberi kebaikan kerana dapat membantu mengenai perancangan promosi secara efektif dan membantu keberhasilan sesesuatu produk yang diiklankan.

            Selain itu, penulis juga berpendapat bahawa iklan yang efektif adalah dengan menyebarkan maklumat mengenai suatu produk yang bertujuan untuk menciptakan dan memperkenalkan secara terperinci terhadap ciri-ciri produk yang diiklankan. Iklan tersebut juga mampu untuk mempengaruhi khalayak dan dimotivasikan untuk memupuk minat dan mengetahui secara terperinci akan produk tersebut. Medium seperti televisyen, majalah dan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pula merupakan alat yang berkesan dalam menyampaikan sesuatu maklumat berkenaan pengiklanan produk.

            Di samping itu, kelebihan juga dapat dilihat dalam jurnal artikel ini apabila penulis turut menyatakan tumpuan kepada pengguna atau penerima maklumat berkenaan pengiklanan. Ternyata golongan wanita merupakan kaum yang amat mudah untuk dipengaruhi oleh media. Faktor kecantikan menjadi pendorong utama kepada wanita untuk mencari sesuatu produk. Golongan wanita ini akan menggunakan pelbagai medium untuk mendapatkan maklumat berkenaan produk berupa kecantikan demi kepentingan mereka sendiri disebabkan wujudnya pelbagai teknologi kecantikkan yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.


          Kelebihan juga dapat dilihat apabila penulis juga menyatatakan bahawa pengetahuan seseorang terhadap produk sangat penting kerana hal ini mempunyai hubungkait dengan penggunaan produk yang dibeli. Pengiklan akan meletakkan butiran terhadap produk yang mereka iklankan namun pengguna lebih mengetahui akan jenis produk tersebut dan akan cuba untuk berunding dengan pengiklan produk. Mereka akan cuba untuk berkomunikasi dalam memastikan kepuasan hati masing-masing. Selain itu, penulis juga memaklumkan akan ketidakpuashatian pembelian produk. Dalam kalangan tidak puas hati, tingkah laku pembelian kali pertama akan terhenti tanpa ada kesinambungan manakala mereka yang berpuas hati akan mengulangi pembelian pada masa akan datang.


            Kelemahan jurnal ini juga dikenal pasti apabila penulis hanya khusus terhadap produk kecantikkan dan hanya melibatkan pengguna wanita. Perkembangan analisis hanya bersifat tertumpu dan tidak dapat dikembangkan. Golongan wanita ternyata amat mudah untuk dipengaruhi oleh media dan memberi kesan kepada nilai komersil kepada iklan. Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat apabila penulis menggunakan kaedah kualitatif dalam hasil kajian mereka. Penggunaan soal selidik dan pengiraan dalam kajian menyebabkan hasil kajian atau isi jurnal menjadi kurang menarik. Maklumat yang dinyatakan juga tidak jelas kerana terlalu banyak kaedah yang digunakan dalam mendapatkan maklum balas daripada pengguna.

            Kesimpulannya, penggunaan internet menjadi satu medim baru komunikasi yang digunakan sebagai alat pengiklanan. Dalam konteks jurnal ini, golongan wanita telah menjadikan internet sebagai sumber rujukan atau iklan dan minat mereka terhadap produk. Pengunaan internet menjadi pendorong untuk seseorang membeli sesuatu produk itu. Kreativiti iklan dapat menarik minat dan mempengaruh pembelian sesuatu produk.

No comments:

Post a Comment