Sunday, November 16, 2014

ENTRI 3 - BIDANG BAHASA

Entri 3 – Bidang Bahasa

Tajuk Artikel : Penggunaan Bahasa Melayu Kreol Chetti Melaka
Penulis : Noriah Mohamed dan Meriam Abd Karim
Bilangan M/S: 29
Sumber : Jurnal Bahasa Jilid 5(1)

            Jurnal yang ditulis oleh NORIAH MOHAMED dan MERIAM ABD KARIM membincangkan tentang penutur bahasa Melayu kreol Chetti Melaka yang merupakan sekelompok penutur yang unik kerana walaupun mereka orang India Tamil namun dialek Melayu masih lagi merupakan bahasa ibunda mereka. Bahasa Melayu kreol Chetti Melaka ini masih digunakan secara meluas dalam kekeluargaan dan keagaamaan oleh komuniti kacukan ini.
            Di dalam jurnal ini, penulis menyatakan maksud atau definisi akan bahasa kreol iaitu merupakan sejenis bahasa pijin yang telah mantap penggunaannya dan mempunyai komuniti penuturnya yang tersendiri. Pada asalnya, kreol merupakan bahasa yang digunakan dalam konteks pertembungan iaitu ketika di pasar atau pusat perniagaan oleh manusia yang datang dari latar belakang, kaum, atau keturunan yang berbeza. Ia juga merupakan campur aduk kepada bahasa Melayu, bahasa Tamil dan sedikit bahasa Inggeris.

            Selain itu, kelebihan jurnal ini juga dapat dilihat apabila penulis menumpukan kepada penggunaan bahasa Melayu kreol Chetti ini dalam beberapa sudut seperti pendidikan, pekerjaan, dan keagamaan. Ternyata bahasa Melayu kreol Chetti ini tidak digunakan dalam pendidikan di sekitar kawasan Melaka kerana bahasanya yang tidak formal dan tidak sesuaai untuk diterapkan di dalam pembelajaran. Begitu juga terhadap dalam pekerjaan manakala masih digunaka pakai dalam keagaamaan kerana masyarakat Chetti amat kuat dalam agama dan sesetengah mereka menggunaka bahasa kreol dalam keagamaan.

            Kemudian, penulis juga menunjukkan beberapa analisis berkenaan bahasa Melayu Chetti Melaka ini melalui kajian yang dilakukan. Penulis menggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik dalam mengenal pasti tahap penggunaan bahasa kreol yang digunakan oleh penutur. Kajian juga menunjukkan penutur yang kebanyakkan bekerja sendiri akan menggunakan bahasa Melayu kreol Chetti apabila berkomunikasi dengan masyarakat yang lain kerana bahasa kreol ini mudah untuk difahami kerana masih ada unsur bahasa Melayu.

            Penulis juga menyatakan bahawa kebanyakan masyarakat Chetti juga masih mampu untuk menguasai bahas Inggeris dengan baik. Walaubagaimanapun, generasi tua lebih selesa untuk bertutur di dalam bahasa Melayu kreol Chetti Melaka manakala generasi pertengahan pula kebanyakkan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris. Pelbagai bahasa dituturkan bergantung pada pameran, lokasi pertuturan dan topik pertuturan. Penukaran kod bahasa akan berlaku apabila berlakunya perbualan dengan orang luar atau secara tidak formal.

            Kelemahan dalam penulisan jurnal ini adalah terlalu banyak peggunaan analisis dalam menerangkan aspek-aspek penggunaan bahasa Melayu kreol Chetti Melaka oleh penutur. Penulis lebih menggunakan kaedah kuantitatif terhadap analisis penggunaan bahasa kreol dalam aspek pendidikan, pekerjaan, dan keagamaan. Selain itu, jumlah penutur juga amat sukar untuk dijelaskan disebabkan penutur bahasa kreol merupakan masyarakat minoriti di negeri Melaka. Hal ini menyebabkan kekaburan dalam menyatakan maklumat berhubung tahap keluasan penggunaan bahasa Melayu kreol Chetii Melaka.

            Kesimpulannya, penggunaan bahasa dalam masyarakat Chetti Melaka adalah mengikut aspek-aspek tertentu seperti dalam pendidikan, pekerjaan atau keagamaan. Bagi aspek kekeluargaan, agama dan adat resam, bahasa Melayu kreol Chetti Melaka menunjukkan pengaruh yang lebih besar. Bahasa kreol ini juga masih menjadi bahasa yang penting dalam masyarakat Chetti. Namun begitu, pengaruh bahasa Inggeris semakin ketara dan menggugat bahasa ibunda ini.


No comments:

Post a Comment