Sunday, October 12, 2014

ENTRI 1 - BIDANG KESUSASTERAAN

ULASAN JURNAL/ARTIKEL - Entri 1 Bidang Kesusasteraan


Tajuk Artikel : Pengaruh Barat Dalam Persuratan Melayu Awal Di Malaysia

Penulis : Mohammad Saleeh Rahamad
Bilangan M/S : 20
Sumber : Jurnal Pengajian Media Malaysia Jilid 11

             Jurnal yang ditulis oleh MOHAMMAD SALEEH RAHAMAD membincangkan tentang Pengaruh Barat Dalam Persuratan Melayu Awal di Malaysia. Penulis membincangkan tentang kemunculan persuratan Melayu yang menerima pengaruh Barat pada dekad 30-an dimana dalam tempoh tersebut Malaysia atau Tanah Melayu masih diperintah oleh Inggeris sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sebagai bekas tanah jajahan Barat, Malaysia pastinya menerima kesan pertembungan budaya sama ada secara langsung atau tidak langsung yang turut meresap ke dalam hasil kesusasteraan kerana pengarang tidak dapat lari daripada memaparkan imej Barat dalam karya mereka secara perspektif. 

       Berdasarkan pendapat dan penulisan pengarang, kesusasteraan menjadi sebuah budaya yang digunakan untuk melontarkan reaksi penulis terhadap kolonialisme penjajah Barat pada awalnya kerana sebelum itu juga kolonial telah menjadikan kesusasteraan sebagai senjata budaya untuk penyebaran agenda kolonialisme mereka. Hasil pengamatan penulis juga mendapati bahawa kaum peribumi yang terjajah turut menggunakan kesusasteraan sebagai alat untuk meerebut kembal kekuasaan dan tanah yang dirampas (Leela Gandhi, 1998). Kesan daripada kolonialisme dan hubungan antara penjajahan dapat dimanfaatkan dengan pelbagai tujuan. Kesan hasil kesusasteraan daripada penjajahan juga tidak terhenti semasa era penjajahan sahaja malah masih berlarutan dan semakin kuat setelah berakhirnya penajajahan.

         Selain itu, pendapat penulis juga mendapati bahawa pengaruh penjajah masih jelas kelihatan dalam kehidupan penduduk dan dapat diistilahkan sebagai pengaruh dalam bentuk neokolonialisme yang bermaksud sesebuah negara itu mempunyai kedaulatan dan kemerdekaan daripada sebarang penaklukan kuasa asing tetapi pada realiti sistem ekonomi dan politiknya ditentukan oleh pihak luar(Young, 2001). Kesusasteraan juga tidak wujud dalam bentuk berunsur kekerasan kerana tumpuannya ialah mematahkan serangan pemikiran penjajah Barat daripada karya persuratan disebabkan penulis pada masa dahulu percaya bahawa bahasa mempunyai kuasa yang kuat untuk menampilkan penentangan budaya terhadap penjajah. Pengarang juga menegaskan bahawa terdapat teknik penolakan dan pengubahsuaian bahasa Inggeris atas dasar idelogis seperti yang terdapat dalam karya K.S. Maniam, The Chord, karya Raja Jao, Kanthapura, dan karya V.S. Naipaul, The Mystic Masseur (1957).

           Disamping itu, kemunculan imej Barat dalam kedua-dua teks Sulalat al-Salatin, karya Tun Seri Lanang(1612) dan Hikayat Hang Tuah, karya Kassim Ahmad(1641) tersebut tidak begitu mendalam kerana mereka hanya diwakili oleh Portugis(Feringgi) dan Belanda(Wolanda) yang hanya disebut sebagai penceroboh secara objektifnya tanpa pengaruh ke dalam persuratan. Imej Barat hanya sekadar lukisan dalam bentuk naratif atau penceritaan yang mengisi ruang zaman kejatuhan Melaka. Penceritaan yang disampaikan sekadar menjelaskan peristiwa dan bukannya menggambarkan manusia.

           Pengarang juga menjelaskan tentang kelahiran genre baharu dalam persuratan awal Melayu pada penghujung abad ke-18. Kelahiran genre baru menunjukkan bahawa pengaruh Barat telah meresap ke dalam persuratan Melayu sebagai bentuk reaksi yang positif. Pergaulan hidup bersama individu Barat mewujudkan teks bersifat individualistik dimana orang Melayu yang secara tradisinya terikat dengan bidaya kekitaan dalam lingkungan komuniti. Unsur-unsur permodenan dapat dlihat dengan adanya ekspresi individu dengan pemerian kisah berdasarkan  kenyataan terhadap peristiwa-peristiwa benar tanpa kecenderungan membina mitos. Unsur-unsur ini dilihat oleh pengarang turut dijadi turutan dan diperkembangkan oleh penulis-penulis generasi yang berikutnya.

    Kesimpulannya, jurnal ini telah memberi pengetahuan yang jelas terhadap perkembangan persuratan Malaysia terhadap pengaruh Barat telah wujud sejak dahulu lagi. Pengaruh yang lebih ketara dapat dlihat dalam karya yang dihasilkan oleh penulis peribumi pada abad ke-19 lagi yang menerima nilai-nilai Inggeris dan Eropah sehinggalah diwarisi dan dikembangkan oleh penulis-penulis pada abad ini.



No comments:

Post a Comment